Thursday, December 5, 2013

Yang terbaik untuk si comel berbulu


Hari ni aku nak bercerita & berkongsi tips tentang kucing.. Kucing kat umah aku ada 2 ekor je.. Yang besor umoq baru masuk setahun.. namanye Fei mao (fat cat in mandarin).. Fei Mao ni jiran aku yg bg masa dia umur 2 bulan.. 

Fei mao masa aku baru ambik

Jeng.. Jeng.. Jeng... Fei Mao sekarang <3




Yang sekor lg masih kecik.. Umur dlm 2 bulan.. Baru je 2 minggu kami bela.. Aku & hubby nampak si kecik ni tgh duk korek2 tong sampah carik makan... Kesian tengok sbb masih kecil... Bila dia perasankn kami, meluru je dia mintak makan... Kami ambik keputusan tuk bawak balik..


Disebabkn badan si kecik ni kotor sgt & penuh kurap, aku bungkuskn je la lam plastik.. Carik kotak xjmpa.. Heeee..

Sampai kat umah, terus aku kerejekan si kecik ni.. Jenuh jgk la aku gonyoh.. Terjerit jerit la dia mintak tolong.. Hahaha

Dah mandi, bg la makan.. Terus xpandang org dahh.. Dia terpaksa aku kuarantinkn dalam sangkar sbb takut berjangkit lak kurap kat Fei Mao..

Lepas kena gonyoh.. Blurrr jerr rhuper .. 
Hihihi

Jadinye kena la memerah idea carik nama buat si kecik ni pulak.. Lepeh diperah perah kepala otak mikirkan namanye.., sebulat suara telah bersetuju tuk namakan dia OB stands for Orange Boy.. :)))

Setelah 2 minggu bersama.. OB sekarang.. Alhamdulillah.. Kurap sudah semakin pulih



Okay, sekarang nak citer pasal makanan anak2 ni plak... Dari fei mao kecik aku ada la bg dia mkn 2 - 3 brand comercial cat food.. Xlah aku memilih & xreti sgt pasal cat food ni.. Asal dia kenyang sudah.. Cuma kena tgk pd keserasian perut dia.. Klo ok, selesai lah.. Mula2 aku try kibble friskies 4 kitten.. Okay.. Idak lah berak2.. Sesekali aku bg la mkn wet food dia.. Bila dah besar skit aku tukar ke friskies 4 adult.. Xkena pulak dgn perut dia.. Poop cair smpi merah2 bontot meow.. Terpaksa carik brand lain pulak.. Whiskas dry food mmg aku xbg langsung sbb dulu pernah bg kat anak2 yg lain.. Semua berak lintang pukang.. Jdnye, whiskas aku tolak awal2.. Aku cuba pulak bg prodiet.. Alhamdulillah.. Mao suka & poop dia pun elok & sesekali bg wet food prodiet.. Mao pun happy.. 

Sehinggalah 1 hari aku terbaca kat facebook dunia kucing dmana sekor kucing terpaksa dbedah kerana batu karang..  Puncanya, dah tentulah dari pemakanan.. Perwarna & perasa tiruan.. Kibbles yg berwarna warni.. Sejak itu aku mula rajin mencari info tru pakcik google.. Makanye, atas rasa kasih & sayangnye pd anak2 buluz aku, makanan terpaksa d tukar.. Di sini ada skit info pasal makanan anak2 buluz anda.. 

Ada 3 kategori pet food. Paling bagus ialah jenis super premium atau holistic, premium, dan komersial. Dari segi harga pun tentulah super premium / holistic ni yang paling mahal dan paling susah nak dapat. Dan komersial paling murah dan mudah didapati. Kat pasaraya mana-mana pun ada jual. Kedai runcit dan 7-eleven pun ada.

Steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan, jagung, gandum, soy, tak baik untuk kucing. Dalam holistic pet food, memang tak ada benda-benda ni. Sebab itu holistic paling mahal dan dikatakan super premium. Jadi kalau beli makanan kucing, kalau boleh cuba elakkan benda-benda ni, terutamanya yang by-product itu. Perasa tambahan (especially garam) tak baik untuk kucing, nanti boleh kena batu karang.

By-product ialah bahagian haiwan yang manusia tak makan. Ok, kalau beli pet food perasa chicken katanya. Cuba tengok kat bahagian ingredients dia. Dia akan tulis chicken by-product ataupun poultry by-product. Wah ada chicken. Kita pun terus beli. Padahal chicken by-product tu cuma bahagian terbuang dari ayam tu. Macam paruh, kaki, kepala, tulang dan sebagainya. Sama la kalau beef ataupun lamb by-product. Cuma bahagian buangan yang tak digunakan yang diorang process untuk buat makanan kucing ni. Tak ke kesian? Dapat makan sisa-sisa ayam je yang belum tentu ada khasiat. Sebabkan by-product ni la makanan tu jadi murah. Makanan yang ada pakai by-product biasanya macam kering, tak berapa moist dan tak berminyak compared to premium or super premium.

Selain dari tu, kena jugak tengok kandungan nutrisi. Kibbles yang elok perlu ada at least 33% protein. Kucing perlu banyak protein. Lagi tinggi kandungan protein dalam makanan tu, lagi bagus.

Makanan yang kita mudah dapat di pasaraya itu dikategorikan sebagai commercial food. Blackwood dan Royal Canin ialah contoh premium food, tak ada by-product. Tapi Blackwood lebih murah dari Royal Canin. Sebab tu ramai orang beli Blackwood. Lebih murah dan ada breeder pack 24kg pulak tu. Sesuai untuk orang yang ada banyak kucing, beli 24kg terus. Contoh super premium food pulak ialah macam Orijen dan Evo.  





Setelah beari ari jgk aku skodeng info pasal cat food ni, aku decide nak tukarkn makanan bdk2 ni ke iams.. Itu pun setelah aku bg diorg mkn sample yg dpt free kat giant.. Harga pun xlah mahal sgt.. Tp agak bagus untuk si comel.. Boleh la try.. Dengan semangatnye aku masuk Aeon Bukit Tinggi hajat d hati nak mencari benda ni 
Xde jual la oiiii.... Adoiyaii 😭😭..  Makanan diorg kat umah dah abih lak tu.. Mana nak carik kat Port Klang nii.. Blurrrr kejap😟😟
Aku belek2 jugak satu persatu brand yg ada.. Tengok ingrediant dgn penuh hati2.. Paham2 je la... Kena gak ambik sbb ini dah kira kes emergency.. Dah puas hati, aku rembat sepeket pylkron premium 1.5kg RM24.++.. Seyes aku xpernah dengar pon brand ni.. Tp sbb ingrediant dia tidak mnimbulkn sebarang was2, aku ambik je la..


Anak2 makan pon ok.. Xde prob ngan poop.. Orait la tu.. Aku servey online lg sbb nak carik gak iams.. Ok.. Jumpa satu petshop jual online.. Lps tnya2.., dia rekemen lak bulus2 supaya mkn Taste of The Wild.. Better than iams katanya.. Kandungan protein juga tinggi.. Antara benefits2nye ;

  • Made without grains, a common allergy trigger for cats
  • Dried chicory root reduces the risk of worms
  • Antioxidant-rich blueberries fight free radicals that cause cellular degeneration
  • Yucca Schidigera extract reduces odor in stool
  • Contains a minimum 42% protein

Aku pun setuju tuk cuba.. 
Aku beli jugak brewers yeast sbgi suppliment tuk meow2 tu.. 


Apa fungsi Brewers Yeast ni?
Brewers Yeast ni menguatkan bulu kucing supaya tak mudah gugur... 
Mengandungi Zinc, memang function nya untuk menguatkan bulu kucing.

Memberikan kucing anda Brewers Yeast with Garlic di atas juga dapat mengelakkan kutu kucing, kerana kandungan garlic di dalam brewers yeast itu tidak disukai oleh parasit tersebut.

Selain itu, you will notice that your cats will increase its weight (berat bertambah) selepas makan Brewers Yeast ni...Senang je nak bagi.. Tak payah suap, just masukkan dalam bekas makanan kucing dan diorang akan makan sendiri mcm makan kibbles biasa... :) Tak perlu susah2 nak suap sampai dapat "hadiah" cakar free. Heeeee...











 

Monday, December 2, 2013

Secangkir kopi☕️


Coffee beans dari laos.. Tersangatlah wangi.. Hb p Laos ari tu, bwk balik skit sbb mmber dia kata sodap.. 


Taraaaaa... Perghh!! Mmg nikmat betul kopi dia.. Kena paneh2 lak.. Nak2, ada lak pisang goreng ke.. Ubi kayu rebuih ke... Mak aihhhhh... Superbb derr 

⛅️☁️⚡️☔️🌈

" Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan kilat dan petir. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..." Subhanallah... " Dan jadilah kamu seorang yang menyenang-yenangkan dan janganlah kamu menyusah-yusahkan. Dan jadilah kamu seorang yang menghibur-hiburkan dan janganlah kamu menakut-nakutkan..." Insyallah... tetapkan hati kami Ya Allah... Subhanallah... Allahu Akbar

Monday, February 7, 2011

Memancing d Borneo Paradise Eco-farm Lahad Datu, Sabah









Majlis Aqiqah & ulangtahun yg ke 5 adik




30 januari 2011



ole ole buat tetamu..



















happy nyer bdk2..











































Kerapu 🐟


Hasil..


kerapu macan... hasil dari sangkar sendiri.. alhamdulillahh :)